rehat kejap dengan........

Thursday, April 29, 2010

Acar Timun Masak/Acar Rampai



Resipi asal kak yani

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu besar cuka
  • garam
  • gula
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1/2 sudu kecil biji sawi
Cara-cara
  1. Belah 4 bawang putih. Mayang bawang besar
  2. Potong memanjang lobak merah dan timun. Rendam dalam air garam
  3. Panaskan minyak, tumis bawang putih
  4. Masukkan serbuk kunyit dan cili. Tumis sampai wangi.
  5. Masukkan air. Biar sampai mendidih
  6. Masukkan timun dan bahan-bahan lain. Jangan terlalu lama. Agak-agak 2-3 minit. Kemudian padamkan api.

Sunday, April 25, 2010

Nasi Minyak Hujan Panas



Resipi asal dari mak yong myresipi

Bahan 2 (5 org):


- 4C beras basmathi
- 5C air
- 2 Kiub ayam (sy tak letak pn)
- 2 helai daun pandan
- Pewarna merah, Kuning, dan Hijau

Bahan Tumis

- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 bj bawang besar
- 2s/b minyak masak
- 2 s/b minyak sapi
- 1 btg kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 bj bunga pelaga

Bahan Hias

- bawang goreng
- Kismis
- Biji Gajus (sy tambah yg ni)
- Sayur campuran (sy. tambah yg ni)

Cara memasak:

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit
  2. Hiris nipis - nipis dan manyangsemua jenis bawang
  3. Panaskan minyak, dan tumis bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan
  5. masaklah nasi hingga masak
  6. bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merha & hijau ditempat berasingan.Bila dah masak, gembur - gemburkan nasi tu
  7. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus, kismis jika suka



Monday, April 19, 2010

Nasi Lemak Pandan




Resepi nasi lemak yang gerenti sedap.cantik,wangi....pemilik resepi kak hana

Bahan-bahan

* Beras
* Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
* Santan pekat
* Garam
* Halba
* Halia
* Daun Pandan - simpul
* Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)

Cara-cara

* Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
* Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
* Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
* Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
* Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)

Friday, April 9, 2010

Ayam Goreng Berempah Serai



Resepi Asal dari Love2cook.

Bahan2 yang diperlukan :-

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

Bahan dikisar bersama;

* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai

----------------------------

* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng


Cara2 memasaknye :-

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!